Thursday, 27 December 2012

Bukit Kutu

Entri kali ini aku nak menjamu korang dgn X.P.D.C (bkn penyanyi) ke Bukit kutu…. Aku ni  bukan la pndai sgt dalam dunia2 hiking ni (memang zero pn) hahahha…. 1st time aku dgr nama bukit ni pn, rasa mcm pelik…. Ade ke nama ni?? Ke main-main?? ( sebab brader yang bg tau nama ni pn die ske main2) hehehehe…. Aku ikut pn xde perancangan, tengah breakfast brader ni ajak… tgk schedule pn free je( mcm menteri lak).. aku ON je…  hiking, mmg memenatkan. Fuuuuuhhhhhh…
Aktiviti xpdc ni start kol 8 (sebab kiteorang follow trip group org lain, kite orang kne la dtg awal ckit.) sebelum start trekking, guide bagi penerangan dulu( bagi yang ada guide la). Sebenarnya pada laluan ke puncak, ada tanda. So xla tersesat,( terima kasih yang telah membuat tanda. Lagi pun pada hari minggu, ramai yang trekking, boleh la follow.. hehe.
Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam lebih, ( maaf sebab aku buat lambat)….. ready2 la bawak air banyak2.. xyah le korang bawak baju bagai…. Heheh… bagi yang perempuan, kalau nk bawak barangan mekap boleh kot…. Kot la nk Nampak “natural”  masa tgkp gmbr… heheheh
jom layan gambar-gambar nie dlu… nanti kite sambung cerita lagi… moh le wei!!!!!!!

Sebelum bergerak ke puncak,  sedikit penerangan dan bacaan doa
Jambatan tamparulli… eh2.. silap, jambatan besi..  untuk melintas sungai.

Kalau x mendaki….. bkn mendaki namanye….. hehhehe

 Ni la check point ke 4…( aku lupe ade bpe CP.)

nama tempat ini batu tedung sebab bila lihat ke atas macam duduk bawah ular tedung… boleh berehat2… boleh sembang2.. 
YOOOOOOSSSSSSSSSSSSHHHHHHH!!!!!!!!!! Sampai jgk. 
K.G.G

Hepi-hepi jugak, perut belum tentu hepi… makan dlu… hehehe

Selamat datang ke bukit kutu

di atas puncak bukit kutu, ada batu besar, korang boleh panjat.. cume hati-hati la…. Jatuh tanggung sendiri.terima kasih kepada usaha pendaki yang membawa tangga ke puncak untuk memudahkan pendaki-pendaki lain naik ke atas batu.

Penat mendaki pasti akan hilang bile dapat lihat alam ciptaan Allah s.w.t yang indah ini….

Empangan kuala kubu. masa ini air agak surut.
Kecantikan alam ciptaan tuhan…..

kredit kepada awe, ojas, pie, tanain, ismar & isteri ojas...

Untuk pengetahuan korang, bukit kutu terletak berdekatan dengan kampung pertak ( kalau dari KKB, kg pertak belah kanan selepas jambatan). Untuk kesini. Korang just lalu ke jalan nak ke bukit fraser or sg chilling. Diatas bukit kutu, ada bekas runtuhan banglo lama yang dikatakan dari zaman pemerintahan british. Bukit kutu setinggi 1053m@ 3456 kaki…
Ok la.. setakat ini je celoteh aku.. heheh.. tc semua.

Psssttt: kalau pergi tempat2 macam ni, jgn le bermulut cabul… jgn le buang sampah merata-rata. Simpan sampah 2… jaga la alam sekitar cikit ea…. peace

p/s : jom lihat permandangan bukit kutu lagi