Sunday, 12 June 2016

LOG PERJALANAN DARI MALAYSIA KE BORACAY BAHAGIAN 7




Cuaca pada hari ke 7 sangat cantik sama seperti pada hari semalam. tanpa berlengah  lagi, kami meneruskan aktiviti yang di telah di tempah dari kawan totoy semasa aktiviti SCUBA DIVING.

8.50 pagi – start menaiki boat dan special kali ini hanya kami berdua sebagai penumpang. hohohoho.. mula  mula mereka nak bawak kami ke coral garden tapi kami menolak dan nak ke crocodile island. pemandu bot sudah warning siap siap. ombak agak kuat di sana waktu itu. tapi kami meneruskan juga niat untuk ke crocodile island… maka bermula lah perlayaran kami.. hohohoho..

9.10 pagi – sampai di Crocodile Island. pulau ini di panggil crocodile island sebab pada sudut tertentu, pulau ini akan kelihatan seperti buaya.. sama seperti chicken island di krabi. ombak memang agak kuat. tapi tak hirau dah bila lihat coral coral yang melambai lambai…. mari abang….. mari abang… mari abang… apa lagi, pakai equipment dan terus masuk.
permandangan di crocodile island ini memang menakjubkan. hanya kedalaman lebih kurang 2 meter anda boleh melihat pelbagai jenis coral yang masih cantik dan pelbagai jenis ikan ikan… ombak yang agak kuat membataskan pergerakan semasa snorkeling. sedang syok syok melihat ikan bot sudah jauh , jadi kenalah berenang semula ke bot. hehehe.

Masa kami di crocodile island agak singkat sebab sudah kekurangan tenaga. letih owwww. hahaha. degil lagi nak snorkeling di kawasan ombak kuat. hahaha.

Dari jauh kelihatan Crocodile Island. sapa yang tak namapak dia rabun. hahaha


pelbagai jenis ikan boleh jumpa di kawasan ini.




kawasan crocodile island yang cetek sehinga boleh lihat coral dengan jelas.

haaa… Nampak tak whale shark???? eh, silap.. kawan aku tu…



10.00 pagi – kami bergerak ke angol point. sini tempat agak dalam berbanding dengan crocodile island. di sini anda akan dikenakan bayaran  tambahan 50PHP/orang. bagi aku kawasan ini kurang menarik mungkin kerana kurang coral dan ikan kot tapi ombak tidak kuat masa ini. keseluruhan kos yang habis untuk pakej snorkeling selama 3 jam ini ialah 1850PHP/orang (sdikira sekali dengan duit tambahan).

12.10 tengahari – kami balik bilik dahulu. letih betul snorkeling selama 3 jam. hahaha.

2.50 petang – perut mula berbunyi, masa untuk jalan jalan cari makan sekitar boracay. tempat makan kali ini aku pergi THE KINGDOM BORACAY iaitu kedai makan selera arab.  kedai ini bagi aku agak mahal juga la tapi nasi memang banyak.. standard selera arab.. hehehehe.. aku tak tahu la kedai makanan arab kat Malaysia macam mana tapi disini, aku order air coke tapi air coke akan samapai sama sama dengan makanan. jenuh aku tunggu air sampai. dah la makanan lambat sampai nasib baik ada wifi. masa aku mintak password wifi, dia tak bagi password tapi dia yang taip sendir. hehehe.

untuk aktivti malam pula kami hanya duduk di tepi pantai dan kemas kemas barang untuk berangkat ke KALIBO.. ok lah, jumpa lagi di bahagian akan datang ea…. chowwww